Isnin, 20 Mac 2017

Strategi pengunaan teknikal penunjuk Bollinger Band

Strategi ini adalah berdasarkan kepada penggunaan teknikal penunjuk Bollinger Band dengan tempoh yang berbeza deviation dalam tetapan pada carta dengan tempoh M1 untuk pasangan mata wang GBP/JPY. Tempoh masa dagangan terbaik dengan menggunakan strategi ini ialah pada sesi London,  Eropah atau Amerika. Pilih deviation 2, 3 dan 4 bagi setiap band dalam tetapan penunjuk.
Sebaik sahaja carta yang ditetapkan untuk posisidagangan, kita akan ikut arahan berikut:
Syarat-syarat yang dinyatakan di bawah dan ditunjukkan pada Rajah 1 akan bertindak sebagai isyarat untuk membuka kedudukan membeli (Rajah 1):
- Harga telah mencapai garis bawah penunjuk dengan deviation 2 (garis merah penuntuk pada rajah), atau harga yang didagangkan antara garisan penunjuk dengan deviation 2 dan 3 (garis merah dan biru pada rajah.)
Stop Loss ditetapkan 2 mata di bawah harga rendah yang terdekat atau atas budi bicara anda sendiri.
Take profit ditetapkan 15 mata di atas harga pembukaan atau atas budi bicara anda sendiri.


Syarat-syarat yang dinyatakan di bawah dan ditunjukkan pada Gamb.2 akan bertindak sebagai isyarat untuk membuka kedudukan menjual (Rajah 2):
- Harga telah mencapai baris atas penunjuk dengan deviation 2 (garis merah pada penunjuk dlm rajah), atau harga yang didagangkan antara baris atas penunjuk dengan deviation 2 dan 3 (garis merah dan biru pada rajah.)
Stop Loss ditetapkan 2 mata di atas harga tinggi yang terdekat atau atas budi bicara anda sendiri.
Take profit ditetapkan 15 mata di bawah harga pembukaan atau atas budi bicara anda sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan